Solat Sunat Witir
Solat sunat witir adalah solat sunat yg sgt dituntut utk dikerjakan.

Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan seafdal-afdalnya 11 rakaat .



Lafaz Niat:

Niat Solat Sunat Witir 2 Rakaat:


"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah dan surah Al-A'la, pada rakaat kedua baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Niat Solat Sunat Witir 1 Rakaat:

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Baca surah Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq.



Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam.

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku’ :


Selepas itu berdoalah tiga kali:

“Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu “

2 Responses
  1. Unknown Says:

    testing mu....kalo nak copy paste bab2 agma nih hati2..takot hadis dhaif..



  • Islamic Clock

    About Me

    My Photo
    hasnol ariff
    Akan Ku Pastikan Cintamu Selalu Di Dalam Hatiku.
    View my complete profile

    Followers

    My Blog List

    Counter