jgn mengejar kesempurnaan
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia masih mengingati kamu

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja

Begitulah juga

Jika kamu sedang memiliki seseorang
TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA
Dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU
MENGASIHIMU
Dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
Dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita
sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini, tiada yang abadi
Yg patah, akan tumbuh
Yang hilang akan berganti
Namun yang berganti, tidak mungkin sama seperti yang hilang”
Labels: , edit post
4 Responses
  1. HaDrullaDtFi Says:

    ak baca denga penoh perasaan.xsedar menitis air hidung.wakakakaka..:)


  2. hahaha..lad, lap ingus tu...malu la dh besar ni, mengalir yg ijo tu..haha


  3. Anonymous Says:

    awk..mitak maaf..sy copy awk pny kate2 ni..trlalu mnyentuh hati n ajar sy ssuatu..sy mitak maaf ye amik tnp kbenaran..


  4. aisha Says:

    ni zaman jiwang2 ni bang..hahhaa! mcm x caye je..:P


  • Islamic Clock

    About Me

    My Photo
    hasnol ariff
    Akan Ku Pastikan Cintamu Selalu Di Dalam Hatiku.
    View my complete profile

    Followers

    My Blog List

    Counter